2 October 2013


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Hai semua :D Harapnya semua sihat-sihat belaka ya? Kalau tak sihat tu pergi makan ubat cepat. Hahaha, sekali tu berdoalah sekali. Lagi-lagi untuk calon PMR. Calon PMR diminta menjaga kesihatan okay? Jangan terasa stress pulak. Tak elok untuk kesihatan. Hoho. Tenangkan minda anda dan study lah dengan santai.


Tarikh 2 October 2013. Tarikh aku untuk menduduki PMR. Terasa pulak ketakutannya. Mana taknya baca buku pun macam tak baca. Memanglah aku mengharapkan PMR ni cepat habis. Tapi dalam masa yang sama, aku terasa "apakah aku boleh mendapat keputusan yang cemerlang?" "apakah aku boleh mencapat target yang abah aku harapkan?" "aku boleh buat cikgu bangga dengan pencapaian aku tak?" Hahaha, semua tu selalu berulang-ulang dalam otak aku.

Tengok ah ni. Sempat lagi online. Kepada warga blogger, doakan aku dipermudahkan menjawab soalan PMR dan mendapat keputusan cemerlang seperti apa yang diharapkan abah, mak dan cikgu-cikgu. Sorry kalau aku ada tak follow back blogger korang lagi. Aku tak sempat nak follow back sebab sibuk sikit. Lepas PMR ni, aku blogwalking dan follow back blogger korang lagi okay? :D Jangan marahh.


Sekian, terima kasih.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comment: