Juniel illa illa lyrics


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

English Translation:

When the warm and scented wind passes by my cheeks
I think of your face that i used to love
Oh, when the wild, unknown flowers bloom hidden on the streets
I think of you, whom i hide away in my memories
My baby illa illa illa, baby illa illa illa, baby illa illa illa
Never forget love
Because first love is beautiful, a first love is a flower
Blooming widely when spring comes – dazzling like a flower
Like a young child, a first love is inexperienced
Because you can’t unconditionally give and take love
Illa illa illa, illa illa illa, illa illa illa,
My love, good-bye
When the stars drawn out on the night sky bring up your memories,
I take you out of my old diaries
My baby illa illa illa, baby illa illa illa, baby illa illa illa
Never forget love
Because first love is beautiful, a first love is a flower
Blooming widely when spring comes – dazzling like a flower
Like a young child, a first love is inexperienced
Because you can’t unconditionally give and take love
I was young back then, i didn’t know any better
Now i think i will know
I call out to you as i draw you out
Illa illa illa illa, illa illa illa
Illa illa illa illa, never forget love
Seeing as a first love is painful, a first love is like a fever
Because after you are mindlessly sick, you become an adult
Because a first love can never be, a first love is lingeringattachment
Because you can’t have it since you loved too much
Illa illa illa, illa illa illa, illa illa illa, my love, good-bye
Illa illa illa, illa illa illa, illa illa illa, my love, good-bye

Romanized:

Ttaseuha-ge buneun hyanggiroun baram nae du bo-re seuchimyeon nan, sarang-haet-deon geudae eol-ku-ri tteooreujyo
Oh ~ gil-kae sumeoseon ireumdo moreuneun deul–ggoti pil ttaecheumen, giyeok jeo pyeone kamchwo dun geudae-ga tteooreujyo
My baby illa illa illa, baby illa illa illa, baby illa illa illa
Never forget love
Cheotsarangeun areumdawoseo cheotsarangeun -ggotiramnida bomi omyeon hwahlchag pineun o~ nuni bushin -ggotcheoreom
Cheotsarangeun eorinaecheoreom cheotsarangeun seotureumnida sarangeurakgimeobshi ju-go kajjil mothanikka
Illa illa illa, illa illa illa, illa illa illa, nayesarang good-bye
Kkaman bamhaneu-re keuryeoi-nneun byeo-ri geudae chu-eok bu-lleoomyeon, oraen il-gijang so-geseo keudael kkeonaebomnida
My baby illa illa illa, baby illa illa illa, baby illa illa illa
Never forget love
Cheotsarangeun areumdawoseo cheotsarangeun -ggotiramnida bomi omyeon hwahlchag pineun o~ nuni bushin -ggotcheoreom
Cheotsarangeun eorinaecheoreom cheotsarangeun seotureumnida sarangeurakgimeobshi ju-go kajjil mothanikka
Keuddaen eoryeoseo keuddaen mollat-jyo o~ ijen al keot gateunde
Nan geudael keurimyeo bu-lleobojyo illa illa illa illa, illa illa illa
Illa illa illa illa, never forget love
Cheotsarangeun apeun geol bomyeon cheotsarangeun yeolbyeon-gimnida jeongshin eobshi arhko namyeon o~ eoreuni dwehnikkayo
Cheotsarangeun andwehnikkayo cheotsarangeun miryeonimnida neomuna manhi sarang-haeseo kajjil mothanikka
Illa illa illa, illa illa illa, illa illa illa, naye sarang good-bye
Illa illa illa, illa illa illa, illa illa illa, naye sarang good-bye



Dengarlah lagu ni . Bestt . Download dalam handphone sekali tau . Nak tau kenapa aku suka lagu ni ? Boleh feelings . HAHA . Bukanlah . Lagu ni macam sama dengan apa yang aku pernah lalui . Mungkin aku tak pernah post tentang zaman couple-couple aku kat korang . Sebab tu tak tau . Tapi aku rasa aku ada post . Memang sakit kan bila lelaki tu tinggalkan kita . Sakit sangat hati ni bila lelaki mempermainkan hati kita . Sudahlah . Satgi banyak pula rahsia aku terbongkar . Wahhhaaaaa xD
Ppyong

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tegur aku ?


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo 

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii . Apa khabar warga bloggers ? Aku ? Khabar baikkk . Hari ni sekolah memang gempakk beb . Mentang-mentang hari ni PJ semua pakai baju PJ . Kan bulan puasa . Tapi yang pakai baju PJ okey lagi . Hari ni siap ada orang bawak bola lagi . Cikgu tak bagilah katakan . Selamba diorang je main bola dekat padang macam orang tak puasa . Aku confirm tak ikut sebab pakai baju sekolah . Hehe . Ikut peraturan xDD

Tegur aku elok-elok
Orang ni bagus . Tegur tu biarlah sopan . Guna ayat pun okey . Aku pun okeylah . Kalau tegur elok-elok confirm aku dengar . Kalau ada orang tegur korang pakai ayat elok , tegur pun elok takdelah nak naik angin kan ? Kalau tegur elok-elok takde siapalah nak marah . Orang dengarlah . Nabi pun tegur elok-elok . Nabi pun tegur pakai ayat bagus-bagus . Manusia tak taulah kan . Maklumlah hot tempered .

Tegur serupa cari gaduh
Aku memang nak tegurlah orang macam ni . Tadi pun ada sorang kawan aku . Tegur dia style macam nak cari gaduh . Masa tu aku tengah bad mood . Nasib baik aku tak melenting masa tu . Pakai ayat pun habis style . Aduhh~ Payahkan kalau ada orang macam ni . Tegur je guna ayat style . Suara nak tegur pun memang stylelah . Bulan-bulan puasa pulak tu . Memang nak batal puasa agaknya diorang ni .


Jangan tegur orang macam tu lagi . Kalau orang tu ada buat salah tegur elok-elok jelah . Nabi pun tegur elok-elok . Pakai ayat pun memang bagus . Padahal orang yang buat salah dekat nabi tu banyak sangat . Takde pun nabi nak melenting tak tentu pasal . STOB BE ANNOYING ! I remind all of you .

BAI


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Blockqoute Rosak


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiii . Korang sihat ? Aku mestilah sihat . HAHA . Syukurlah aku masih boleh berpuasa dan boleh hidup dengan segar lagi . Jangan sia-siakan masa yang ada . Aku tau layan facebook je . Tengok ah sekarang . Dah macam tak terurus je . Okey tengok blockqoute aku jadi apa ? Rosak weh . Sedih .

Lee Minhyuk
Korang cuba sentuh blockqoute tu . Rosak kan ? Tak puas hati ni . Korang tolonglah aku . Macam mana nak bagi okey balik . Aku tak pandai repair apa yang ada dalam blog ni . Aku malas nak cari benda rosak . Itupun hasil daripada peninjauan pos kelmarin . Tolong eh .


Ppyong


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Aku takut


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii . Hari ini genaplah hari ke 7 aku puasa . Genap ke ? HAHA . Main sebut je . Dah orang lain sebut macam tu -.- Yelah , lama lagilah nak puasa . Kira pun buat kita kecewa je . Kira-kira nak raya banyak hari lagi membuatkan kita kecewa betul tak ? Untuk puasa kali ni aku harap dapat puasa dengan baikk ! 

Weh aku takutlah . Inilah akibat minat dekat budak KL . Akibatnya terpaksalah aku tanggung . Dia suruh aku hati-hati . Mulanya aku tak faham . Tapi bila dia cerita balik aku mula takut . Dia kata ada orang perempuan stalker facebook aku . Rasa-rasa perempuan tu siapa ? Mak dia ? Sepupu dia ? Kakak dia ? Buang benda negatif . Haih . Harap-harap bukan orang yang tak baiklah . 

Atas permintaan dia telah tunaikan . Dia dah pakai dp sendiri . Tulah janji lagi . Nak belanja aku ice cream sangat . Aku mintak banyak-banyak kang tak mampu pulak nak bayar . HAHA . Merepek je aku . Bila masa aku suka makan ice cream ? Tapi aku tahu dia takkan boleh belanja punyaaa . Sebab aku pun tak tau bila aku boleh pergi KL . Haih . Tak dapatlah merasa ice cream nanti .//Kempunan 



Post yang menceritakan dia reject itu hanya salah faham . Minta maaf . Sebenarnya hari tu dia tak faham apa yang aku bagitau kerana aku bagitau secara sipi-sipi . Dia telah fikir aku suruh dia tukar dp domo . HAHA . Merepek budak uh . 
BAI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ulzzang Boy Picture


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiii . Aku puasa hari ni . Makin lama terasa makin malas nak puasa . Tapi bersabar jelah . Tak banyak pun kan . Puasa pun dapat pahala . Tak rugi kan ? Daripada orang yang tak puasa tu . Puasa wajib pulak tu . Okeylah . Hari ni aku malas nak ceramah . Kita tengok gambar ulzzang lelaki jepun or korean .







Itu jelah . Aku tak larat dah nak copy paste link photo tu . Nak kena cari lagi . Memang banyaklah . Dalam salah satu ulzzang boy tu mesti ada yang korang kenal kan ? Bagi peminat ulzzanglah . Yang tak minat tu pastinya tak kenal kot . Ada gambar kat atas tu banyak muka kan ? Malas sangat ni . Dah ada copy paste link photo je . HAHA . Takpelah okey . Comel tak ulzzang boy kat atas tu ? Korang jangan ambil gambar ketiga tu . Gambar ketiga tu dah aku pakaikan kat dp facebook aku . Hehe .

Ppyong








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kenapa hati perempuan mesti sedih ?


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiiiiii . Aku pun tak tau kenapa aku post lagi . HAHA . Mesti berkaitan dengan atas tu kan ? Hati perempuan memang halus kan ? Kadang-kadang masalah tu kecil je . Tapi perempuan senang je menitiskan air mata . Aku pun pernah alami . Dah selalu tak boleh nak kata apa . 

Semestinya aku ada sebab kenapa aku post pasal benda ini . Hari ini aku chat dengan domo . Happy jugaklah dia online facebook . Rindu ke aku ? HAHA . Tak mungkinnn . Aku tahu domo akan reject aku . Aku berdoa banyak-banyak supaya Allah tabahkan hati aku terima apa pun kenyataan . Okey , sekarang dia dah lakukan . Berjaya kan ? Aku tak menangis pun . Alhamdulillah . 

Sebelum ini kalau aku kena reject mesti menangis tak cukup baldi kan ? HAHA . Zaman dulu . Sekarang aku dah okey . Tapi terasalah jugak . Nak buat macam mana ? Hati dah sayang . Bila kena reject mesti sedih , sakit hati semuanya bercampur baur . Sabarlah wahai hati . Nanti kau akan dapat jugak cinta sejati . Wahai domo aku tetap sukakan kau walaupun kau tak suka aku .

Jangan baca . Luahan hati yang tidak terkawal .
BAI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bilik Idaman


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiii . Korang puasa tak hari ini ? Aku ? Aku mestilah puasa . Sebenarnya perut aku ni dari tadi lagi berbunyi-bunyi . Kriukkk kriukkk . Kelaparanlah pulak . Sabar perut . Nanti kau boleh makan banyak-banyak jugak . Apa aku merepek ni ? -___-

Atas tu gambar apa weh ? Tajuk tu apa pulak ? HAHA . Alah -.- gambar bilik idaman akulah tu . Aku nak bilik hitam pink . Mesti lawa kan ? Tapi gelaplah pulak bilik aku . Kalau pink putih mesti lawa kan ? Mesti daebakkk . Tapi sekarang bilik aku putih je . Sudahnya bilik aku berselerak lagi . Hesy , bila bilik aku nak lawa macam tu kan ? XDD




Lihat gambar dekat atas . Itu antara bilik idaman aku . Korang ? Gambar 1 ke menjadi idaman korang ? Itupun kalau korang minat kuning pink . Kuning tu yang aku tak minat -.- Mungkinkah gambar 2 menjadi idaman korang ? Korang minat koko pink pilihlah yang itu . Lawa jugak . Hehe . Adakah gambar 3 menjadi bilik idaman korang ? Ah , tidakk . Itu aku punya . Lawa gila >,< Berselerak je . Tapi aku suka bilik aku penuh . Tak nak ada ruang lebih pun dalam bilik tu . kekeke~ Pilihlah dan berangan~ 

BAI





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Theme Google Chroome


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiiiiii . Korang sihattt ? Aku sihat walafiat je . Korang puasa tak ? Aku semestinya puasa . Orang kata kalau tak puasa tak boleh raya . Kena puasa bagi penuhlah ni . Kalau tak 'cuti' . Tak boleh raya maknanya tak dapatlah duit raya . -.- Macam budak-budak . HAHA .

Theme google chroome ? lol . Apa tu ? HAHA . Theme google dia macam bila kita tekan google chroome dia akan jadi lawalah . Bukan biasa punya dah . Memang lawalah weh . Aku tukar theme google jadi anime girl punya . Baru tahu je pun . Aku teringin nak buat . Then tadi baru try buat . 


Lawa kan ? Kalau tak aku nak pilih theme ada gambar stawberries . Tapi aku puasa . Kang kelaparan aku bila tengok theme tu . Theme stawberries tu pulak warna pink . Memang cantiklah . Nanti lepas puasa aku guna theme tu ah . Lawa gila >,< 

Sayonara



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Aku skema ?


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiii . Hari ni sekolah macam biasa . Takde happening macam kelmarin . Kerja sekolah pun ada yang diberi . Siap setengah . Setengah lagi buat kat rumah . Memang malas aku ni . Aku tak study lagi . Ah , bahaya . Periksa nak dekat boleh aku buat tak tau . TT__TT

Kenapa aku cakap macam tu ? Skema ? Apa tu ? Macam-macam jenis skema . Sebenarnya aku pun tak tau apa maksud skema . Tapi . . tapi ramai orang kata aku skema . Apa tu weh ? Mungkin aku jenis tiru gaya artis kot . Ye ke ? Mungkin bila dah habis periksa aku masih baca buku . HAHA . lol . Dah tabiat . Baca buku tak kira masa . Tapi buku pelajaran aku malas . -.-

Tema blog aku dah bertukar ke pink hitam pulak . Aku pun tak tau mai dari mana idea ni . Yelah , aku tengok blog aku ni tak sesuai dengan colour koko ni . Pelik tau -.- Mungkin korang perasan . Ada orang kata blog aku ni dalam macam air milo . HAH , tu yang risau . Dahlah puasa . Tengok blog yang macam air milo dahaga pulak korang . Jadi aku tukar tema . Okey tak tema blog kali ni ?


Sayonara



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kenapa mesti aku mengharap ?


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo 

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii . Hari ni sekolah memang happening gila -.- Cikgu Geo , Sejarah dengan Sivik tak masuk . Tapi tetap beri kerja sekolah . Gila betul . Ingatkan cikgu tak masuk takde kerja sekolah . Tapi tak masuk pun kena ada kerja sekolah . Why being like this ?! 

Kenapa mesti aku mengharap sedangkan dia layan aku macam orang lain je . Aku tak rasa dia perhatian istimewa pun . Tapi aku tetap mengharap dekat dia . Why I being like this ? Aku tak nak mengharap lagi . Hati aku sakit setiap kali jadi macam ni . Aku tak nak jadi macam dulu . Aku mengharap . Tapi dia balas aku macam sampah . How dare that boy ?!

Aku dah mula suka dekat domo tu . Terseksa jiwa raga aku bila akhirnya aku jatuh cinta . Cinta itu datang secara terpaksa . Domo takkan sedar perasaan aku . Yang dia sedar aku suka abang dia . Cuma sebab aku puji dp abang dia . Dia pakai dp abang dia . Terseksa bila cinta tak dibalas dengan apa yang kita mahu . Lagi-lagi aku jatuh cinta dengan orang KL . Orang KL mesti memilih kan ? Nak yang cantik , baik , seksi dan segala bagailah . Tapi mesti rupa paras tu cantik . Aku ? Tak cantik pun .

Domo , kenapa kau buat aku jatuh cinta sedangkan kau tak jatuh cinta dengan aku . Biarlah nama dia dirahsiakan . Aku akan tetap panggil dia domo dalam blog ni atau mana-mana je . Depan dia je aku panggil nama sebenar . Tak nak dia merajuk . Tak nak dia malu . Aku mesti panggil dia tu . Domo , I LOVE YOU . Ahh , abaikan benda ini . 


Tutup muka XDD Malu . Jangan baca tau . Luahan hati yang tidak terkawal .

BAI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiii . Korang sihat ? Selamat berpuasa kepada warga bloggers dan umat Islam seluruh negara . Aku takde banyak masa nak post ni . Jadi yang tu jelah kot . Hari ni macam mana puasa okey ? Puasa tau . Jangan tak puasa . Nanti tak raya kot . Kekeke~


BAI



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Domo eh ?


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiiii . Rajin kan aku online pepagi macam ni ? HAHA . Aku kalau online pagi macam ni kiranya aku tak boleh online petang dan malam nilah . Malam ni nak balik kampungggggggg ! Sempena bulan ramadan aku relakan . Hehe . Padahal sebenarnya aku malam gila . 

Bila masa aku suka domo ni ? HAHA . Takkan . Aku suka domo yang bermaksud orang . Domo tu oranglah ye . Entah aku tak boleh berhenti panggil dia domo walaupun dia dah tukar pp sekali dengan nama profile . Nampak sangat dia malu aku panggil dia domo . Kekeke~ Kesian kau . Sorry , aku tak boleh bagi tau nama sebenar dia .


Domo-love ! 
Ppyongg~ 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Maybe I'm the BAD ?

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiii . Lambat ke aku online hari ni ? TT__TT Entahlah . Aku rasa macam lambat je . Tunggu bas punyalah lama . Masa tunggu bas pulak aku kelaparan . Rasa pening-pening macam nak pitam je . Huh . Nasib baik aku boleh bertahan sampai balik . Kalau tak nasiblah siapa yang kena angkat aku . Kekeke~ 

Aku . . rasa perangai aku macam teruk je . Aku tak taulah . Bagi aku macam tulah . Nak buat macam manalah kan ? Ramai orang menjauhi aku . Sebab tu aku rasa macam tu . Sekarang yang rapat dengan aku cuma kawan sekelas aku . Diorang kan baik . Boleh terima baik buruk aku . Orang yang tak rapat dan tak kenal latar belakang aku mesti rasa perangai aku ni pelik ke teruk ke . Aku rasalah -.- 

Nad pun macam takmau kawan dengan aku dah . Adakah dia rasa aku macam kat atas tu ? Ke aku yang tak tegur . lol . Aku selalu rasa macam ni bila orang tak layan aku . Manja ke aku ni ? ;AAA; Tak mungkin . Aku nakal kot . Ah ye ke ? Tidakkk . Tak mungkin . Perangai aku gila-gila ke ? Itu ya . Aku suka perli orang ? Ye ke ? Ye kot . Alah , macam tu kot buat orang jauhi aku . Dengan menangis je aku dapat lepaskan perasaan .


Ppyong~



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thankyou for being my 500 followers


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiii . Korang sihat ? Aku sihat je . Hehe . Kenapa gembira terlebih ni ? HAHA . Lama dah aku tunggu followers ke 500 . Akhirnya ada jugak . Siapa yang bertuah tu ? Jom klik sini untuk ke followers bertuah tu . Followers bertuah itu ialah LollyChoclite .


Itu buktinya dia followers ke 500 . Terima kasih banyak-banyak kerana sudi jenguk-jenguk dan follow blog naif aku . Naif ke ? Aku pun tak tau . Aku tak tau pun maksud naif tu . Hehe . Entahlah . Orang kata blog aku awesomelah nicelah . Tapi aku rasa blog aku ni buruk je . -.- Aku kan tak pandai edit blog macam orang lain . Jom tengok biodata tuan blog bertuah tu .

Nama : Nor Huda .
Known as : Huda/Uda .
Age : 16 .
Followlah blog bertuah ni . Aku ada hadiah untuk Huda . Tak cantik kan ? -.- Aku tak pandai buat semua ni . First time aku buat . Jadi buruk gila -.- Aku tahu aku tak pandai edit mengedit ni . Silalah terima dengan hati terbuka dengan hadiah yang tak awesome ni . 



Ppyong~



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Dia perasan lol


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiii . Hari ni aku dengan kawan-kawan pakat pakat tukar komik . Aku komik lama-lamalah . Kalau baru tu tak lagi . Duit habis . Hehe . Padahal tak habis lagi . Cuma nak simpan beli barang KPOP lagi . Korang takpelah . Beli barang KPOP takde masalah bagi korang . Aku nak beli apa-apa guna duit sendiri . 

Dia perasan ? Yang tu orang yang tak sedar diri lol . Geram gila aku dengan orang ni . Aku selisih dengan dia tadi . Selisih dengan aku je duduk mengutuk mengata aku . Selisih je ada je benda yang tak puas hati dia nak kutuk . What the hell this girl ? Aku dah mintak maaf pun macam tu jugak . Well , mulut manusia tak boleh nak halang . Teruskanlah . Kau yang akan dapat dosa kering . 

Ramai kawan aku dah ada crush . Jelez pun ada . Hehe . Yelah , kita single . Bila chat dengan diorang ada je nak cerita pasal crush . Alah , sabar jelah . Nanti bertemulah dengan jodoh aku . Buat apa ada crush sekarang ? Nanti kalau dia bukan jodoh kita rugi je . Kan agama kata kalau nak ada crush niatnya nak kahwin dengan bila sampai masanya . Tapi kalau kita ada crush saja-saja tak payah kot . Sakit hati bila break . Betul tak ? Hehe . Dah macam pakar cinta pulak aku ni . 


Tiuplah swing gum bagi pecah . Boom ! ! ! XDD
BAI

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Brown Blogger


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiii . Korang tengok ada berlainan tak dengan blog aku ? Ada tak ? Ada tak ? HAHA . Adalah . Purple kepada Brown . Ungu kepada koko . Bila masa aku suka warna koko ? Aku pun tak tau . Aku terlebih obses ni tengok Harry Potter . Tapi header tu jadi Hermione -.- Alah ._. Gambar Harry Potter payah cari . Kalau ada pun gambar tu tak sesuai . Aduh -_-

Harry Potter ke Hermione ke aku tetap kpopers eh . Ingat aku letak Hermione aku dah boring dengan kpop . No , no , no ! Never . I'm never bored with kpop . Kpop is my life . Lee Minhyuk is my love . Hah , itu merepek dah . kekeke~ Tapi yang tak ditukar lagu kpop . HAHA . Obses mana pun aku dengan Harry Potter lagu tak ditukar . Jadi jangan pening bila datang blog aku . Selamat datang ke Harry Potter obsesses's blogger . 

Tapi kan aku tak pernah ubah apa-apa pun kat dalam blog . Aku cuma tukar warna blog je kalau aku edit pun . Nak tau kenapa ? Malas dan takut rosak terus HTML dalam tu . Kalau rosak menangis berpuluh-puluh baldi aku . Aku sayang gila blog ni . Setahun lebih lorh aku jaga blog ni . Setahun lebih aku berhubungan dengan blog . Setahun lebih aku mengedit blog tanpa jemu . 


Ppyong



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Hari Sukan SK Air Merah


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiiiiii . Korang sihat ? Aku resdung ah . //hingus meleleh HAHA . Korang jangan sangka tu sekolah aku pulak . Yang SK Air Merah kat title tu . Tu sekolah adik akulah . Aku sekolah SMK Air Merah . Hari Sukan SMK Air Merah pun dah lepas . Malas nak cerita pasal Hari Sukan sekolah aku . Sad things have there .

Semalam aku stayback semata-mata teman adik aku yang masuk acara golek tayar tu . Macam tulah . Mak dengan abah aku tak percaya adik aku duduk sorang-sorang dekat sana . Aku boleh pulak merajinkan diri pergi teman . Dah ah kedai topup tu tutup . Aku stayback sebab tu tau ! Damn it . Grr .

Berbalik kepada topik tadi . Acara golek tayar adik aku menang dapat nombor 3 je . Hadiah pulak kedekut nak bagi . Hampehh punya cikgu . Hadiah tu ambik dekat cikgu pulak . Dahlah rumah hijau dapat nombor 4 . Rumah sukan adik aku tu . Selalunya rumah hijau first . Tapi kali ni rumah hijau down banyak gila ! HAHA . Merah ! Merah ! Maju Merah . Merah dapat first kali ni . Dari tahun lepas lagi . Bangga gila sesiapa yang mengharumkan rumah merah tu selepas ditinggalkan aku .


Gambar masa Hari Sukan adik aku tak capture pun . Handphone pun tak bawak . Adik aku bawak baju ganti aku je . Haih . Pandai punya adik . Dekat SMK Air Merah rumah Biru yang menang . Aku tak masuk acara pun . Cikgu gantikan aku dengan orang lain . Mentang mentang badan aku sedikit berlemak macamlah aku tak boleh lari . Takpelah . Aku relakan sebab masa tu hari lahir guru rumah sukan . 



Kang Kyung Joon comel aku . HAHA . Dalam K-Drama Big . Nanti aku bagi penerangan .
Sayonara



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Blogskin Kedua


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii . Weh weh aku berjaya buat blogskin kedua . Yahoooooooooooo ! Alah itupun atas bantuan MrsBaekYeol . Tanpa bantuan dia blogskin ni takkan jadi . Betul tak tipu . XDD Tuto dan freebies dia sangat membantu . Terima kasih sekali lagi MrsBaekYeol . 

Nak download blogskin tu ? Kena janji dengan aku dulu . Boleh ? Jangan buang credit tu ye ? Nak guna basecodes ? Boleh je . Tapi credit aku dengan MrsBaekYeol okey kan ? Kalau nak download click --> Staying Here Blogskin . Sebenarnya aku ada satu lagi blogskin . Jom tengok dekat bawah ni .


Blogskin first tema dia Lee Min Hyuk . Hehe . Jelas-jelas jelez tengok orang suka Min Hyuk boleh pulak aku buat . Memang ah aku ni . HAHA . Tapi takpe ah . Aku tak kisah pun korang pakai . Blog ni kaler ungu . Atas tu kelabu . Blogskin pertama dengan blogskin kedua mana lagi cantik ? Komen-komenlah ye . Aku nak tau jugak . Hehe . Nak download click --> Lee Min Hyuk BTOB Blogskin . Apa-apa pun terima kasih kerana menggunakan blogskin yang dibuat oleh aku . Blogskin ni pun atas bantuan orang yang sama . Aku bangga kalau ada jugak orang yang nak pakai . Kamsahamida !

Ppyong





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1st Giveaway By Dini Hsn


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiii . Aku dah jarang join segmen dan giveaway . Aku rajinkan diri masuk giveaway ni sebabnya syarat dia senang sangat . Kalau like banyak sangat , aku sedia maklum takkan masuk . Klik banner untuk join . 

Tarikh tamat : 27 Julai 2012 | 12 malam 

Masih sempat kan ? Joinlah giveaway tu ramai-ramai . Kalau tak join nanti rugi tau . Hadiah dia semua best-best . Harap maklum . 

BAI




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Segmen : Jom Kenali KPOP Bloggers


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo .

Haiiiiiiiiiii . Aku join lagi Segmen : Jom Kenali KPOP Bloggers yang dianjurkan oleh Atin dan Atiqah . Kepada KPOP Bloggers marilah sama-sama join segmen . Tak rugi pun anda join . Anda dapat kenali KPOP Bloggers yang lain . Sorry lambat join . Susah sangat nak capture gambar hari tu . Aku juga di-tag oleh Park Hyunji dan Miss Squirrel . Memang nak join cuma pasal gambar tu je aku lambat . Haih . Okey banyak sangat aku merepek . Scroll down to see my answer .

-Group KPOP pertama yang korang minat ?

Super Junior

-Lagu KPOP kegemaran korang . State reasons kenapa korang suka lagi itu .

Baby I'm Sorry by B1A4 . Lagu ini nampak matang dan sedap didengar . Tarian mereka jugak best . Saya jugak mempunyai perasaan seperti lagu ini .

-Siapakah ultimate bias korang .Seorang sahaja . Tak boleh lebih .

Lee Min Hyuk by BORNTOBEAT bands

-Group KPOP mana yang menjadi top3 pilihan korang sekarang .

BORNTOBEAT(BTOB) , Infinite & Super Junior .

-K-Drama dan Variety show kegemaran korang ?

K-Drama - Playful Kiss .

Variety Show - Running Man .

-Blog fanfiction mana yang menjadi kegemaran korang ? State 2 reasons .


Reason pertama fanfics Nana sad ending . Selalunya fanfics yang lain happy ending . Kesimpulannya fanfics Nana berlainan dengan yang lain .

Reasons kedua fanfics Nana ada pengajaran di akhir cerita . 

-Adakah bias korang antara yang paling smart & sexy ? Tunjukkan gambar tersebut .


Sexy ke ? -.- Lantaklah . Bagi aku Kim Myung Soo smart and sexy !

Lee Minhyuk memang smart and sexy dalam apa jua keadaan . XDD
-Jika korang seorang Kpopers masukkan, photo barang/koleksi kpop korang .





Aku tahu barang KPOP aku tak banyak . Beg Infinite dalam proses . KyaaaaXD 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Unnie ke Politeknik Kulim


Dia pandang akulah . XDD
Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiiiiiiiiiii . Hari ni kakak aku pergi Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim . Sunyilah aku macam ni . Malam ni aku tidur sorang soranglah pulak . Tapi adik aku ada . Tapi lelakilah pulak . Tak best . Tak boleh dibuat geng . Nak cerita hal peribadi payah sebab adik lelaki aku mulut becok . Cerita habis dekat mak abah aku . Kantoi habis .

Kakakkkkk adik rindu gila dekat kakakk . Rasa macam terlalu cepat kakak pergi tinggalkan aku . Walaupun cuma pergi Politeknik aku tetap rasa sunyi . tsk . Malam ni aku pusing sebelah kakak aku takde . Sunyi gila weh . Tak sanggup aku nak lalui kehidupan tanpa kakak aku . Lepas ni jenjalan memana pun terasa sunyi . Mak aku lagi tak boleh dibuat geng . Haih . Tua dah nak cerita pasal orang muda muda . Kekeke .


Dahlah unnie aku pun pergi Poly-tech Mara . Unnie aku pergi 2 Julai 2012 . Memang rindu kerinduanlah . Unnieeeeeeeee ! ! ! Adik pun rindu unnie . Lama gila tak mesej mesej dengan unnie . Lagipun adik takde kredit . Malaslah nak topup . Adik nak simpan beli headphone BTOB dengan baju Infinite . Teringin gila . Tetiap hari aku berangan nak benda tu . HAHA . Apa-apa pun aku akan berjuang mahukan benda tu . 



Menunggu kepulangan kakak dengan unnie . Miss you sister . :D
Ppyong



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment