KPOPERZ level 3


Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo

Haiiiiiii . Korang faham ke dengan KPOPERZ level 3 ? Ceh , aku tahu ramai yang tak faham . Jika anda terbaca sila baca sampai habis . Aku takut adalah nanti salah faham . Aku dah bagi amaran sebelum korang baca . Scroll ke bawah .

Aku mula suka KPOP mungkin darjah 6 ataupun darjah 5 . Aku memang tak pasti tentang benda ini . Mula-mula aku suka biasa-biasa je . Tak macam sekarang ni . Dulu tu unnie aku yang ajar . Unnie aku tunjuk satu video yang dikatakan video cina . Padahal video korea . Hehe . Nak buat macam mana permulaan katakan . Video tu bertajuk Sorry Sorry by Super Junior . Unnie aku kata dalam kelas dia ramai nyanyi lagu ni . Jadi unnie tunjuklah dekat aku . Aku pun trylah sekali . Best gila . Super Juniorlah band pertama aku suka mula-mula tu .

Form 1 tu kira level 2 lah . Yang ini aku mula meningkatlah . Yang ni unnie jiran sebelah aku pulak yang tunjuk . Aku pun tengoklah sekali apa yang dia tengok . Unnie jiran sebelah aku buka video girl's band . Aku mula-mula mana minat girl band ni . Jadi dialah yang mengajar . Unnie tu buka video yang bertajuk Oh ! by Girl Generation . Kiranya Girl Generation tu first girl band yang aku suka . Memang bestlah video tu . TERBAIKKKK !

Form 2 tu kira level 3 pulak . Memang tahap kemuncaklah kan . Aku mula minat korean gila-gila . Aku jugak mula mengenali kawan-kawan korean dalam facebook . Maksudnya kawan yang minat koreanlah . Level 3 ni aku minat Infinite . Hehe . Bias terbaru aku ada dalam group tu . Namanya Kim Myung Soo . Memang cute dan handsomelah . Aku mula mengenali diorang ni dalam video Paradise by Infinite . Memang bestlah . Sekarang dah banyak sangat group yang aku minat . Aku dah jadi E.L.F , Inspirit dan Melody . Group perempuan tak dikira . Exo tu aku tak berapa minat because teringat video MAMA by EXO-K . Tension gila bila fikir pasal video tu .

Kalau orang yang mula menceburi untuk menjadi KPOPERZ tu minatlah terus . Jangan minat sikit-sikit lepastu tak suka dah . Aku tak suka KPOPERZ macam tu . Sebabnya mula-mula minat lama-lama kutuk-kutuk . Really annoying . Sesiapa yang telah menjadi KPOPERZ teruskan minat anda dalam sesuatu group . FIGHTING KPOPERZ . Sabarlah dengan kutukan yang akan diterima oleh Anti's KPOP . Diorang jelez . Biar dekat diorang . Kita diam dan sabar dengan Anti's KPOP . Maju KPOPERZ ! [Panjangnya entri aku] XDD





Ppyong



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment