Super Junior Ingin Konsert di Pyongyang, Korea Utara

Assalam|Annyeonghaseyo|Hello.

Super Junior Ingin Konser di Pyongyang, Korea Utara

Kapanlagi.com - Dilansir koreaboo.com, baru-baru ini Super Junior yang melakukan wawancara menyatakan mengenai keinginan mereka untuk mengadakan konsert di Pyongyang, Korea Utara.
"Tahun 2012 kami akan mengadakan lawatan dunia dan keluar di Asia, dan kami sudah pernah mengadakan konsert di Paris dan New York serta mendapatkan banyak cinta dan sokongan dari fans. Jadi tahun 2011 adalah tahun di mana kami berterima kasih. Kami juga sudah mengadakan Super Show 4 yang bermula di Seoul dan Osaka, "papar mereka.
Selain itu, album kelima Super Junior , Mr.Simple , mencatat jualan album tertinggi sepanjang tahun 2011 dengan meraih lebih daripada 300ribu kopi. Ketika ditanya mengenai banyaknya boyband yang hadir dalam industri K-Pop, sebagai senior mereka menyebutkan,
"Di masa lalu, kumpulan idola hanya aktif selama lima tahun sehingga semua orang akan mengatakan bahawa idol kumpulan hanya bertahan selama itu. Hal itu tidak membuat kami terganggu, tetapi juga menjadi motivasi. Jika ada kumpulan baru yang tampak khuatir dan lelah dengan aktiviti mereka, kami selalu memberi support untuk tetap tekun agar berjaya, "tambah Super Junior .
Sementara itu, selepas meraih populariti luar biasa secara global, Super Junior justeru mengatakan bahawa mereka ingin mengadakan konsert di Pyongyang, Korea Utara, yang selama ini dikenali kurang bersahabat dengan Korea Selatan.
"Kami pernah tampil dalam konsert di Malaysia, dan apabila kami berjalan di sebuah bilik VIP, kami mendengar bahawa ada pegawai tinggi dari Pyongyang di dekat kami. Meskipun kami merasa ada di tempat yang berdekatan, namun ada yang berbeza. Jadi kami ingin melakukan pendekatan tersendiri . Jadi kami berharap dapat hadir di Pyongyang dan mencipta kehangatan dan persahabatan melalui sebuah konsert. " 
Hyep ! Irah sekarang dah jarang buka blogger sebab sekolah.Maaf ye ! :DKalau fanfic tu tunggu ye.Irah sibuk. :)Hope korang faham.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comment: